"Muda hanya sekali, jadi kita enjoy!"
Ya, begitulah aku di satu ketika dulu (mujurlah aku tak enjoy habis-habisan!). Entah siapalah gerangan manusia yang mula-mula memperkenalkan slogan ni? Sepertilah ada satu jaminan bertulis bahawa diri tidak akan mati di usia muda?! Sepertilah boleh dibuktikan hanya yang berumur 40 tahun ke atas sahaja yang perlu mula bersiap sedia menghadapi saat kematian yang bakal tiba. Atau... Ops! "Life Begins at 40!" Lagi slogan-slogan yang cenderung ke arah membinasakan jika disalahtafsirkan...
Atas sebab ini, aku memanjatkan rasa syukur tak terhingga kepadaNya kerana masih mengasihani diri ini. Dengan peluang yang diberikanNya padaku untuk terus hidup sehingga kini dan diberi nikmat terbuka pintu hati untuk merenungi semula apakah itu yang aku inginkan dalam hidup yang sementara waktu ini? "Enjoy the life while you still can???!" Hmm... slogan lagi!
Hanya yang pernah melalui zaman kegelapan sahaja yang dapat memahami betapa indahnya hidup ini ketika menerima nur Ilahi. Walau dilahirkan sebagai seorang Muslim tapi hakikatnya aku masih kabur dalam mencari makna hidup seorang manusia. Seumpama seorang yang tersesat dalam perjalanan... letih! bingung! tidak pasti! sering kecewa! Seronokkah begitu??? Rasanya semua tahu apa jawapannya...
Syukur... aku lebih gembira hari ini... hidupku terasa lebih bermakna dan lebih jelas hala tuju hidup... tak lagi mudah melatah dengan masalah dunia. Bukankah itu semua yang kita harapkan... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment